Sunday, 6 May 2018



gambar ini menunjukkan corak pada songkok menggunakan corak tradisional 
design songkok ini bermotifkan sifat geometri dengan gabungan warna yang menarik 





gambaran ini menunjukkan songkok kosong yangdipakai oleh lelaki dan menunjukkan kekemasan pada bentuk saiznya....




gambar ini menunjukkan sulaman yang bermotifkan geometric untuk dijadikan hiasan simple dan sampingan sahaja.....


songkok kosong yang ditempah atas permintaan pelanggan terdapat pelbagai saiz..

bak kata encik zainal mesin jahit ini lah yang banyak berjasa kepadanya....encik zainal suka menggunakan mesin jahit yang secondheng sahaja krana lebih selesa berbanding yang baru.....
encik zainal jenis seorang yang sempoi dan mudah bekerjasama dengannya.encik zainal membuat dua perniagaannya iaitu membuat kasut dan membuat songkok....encik zainal akan dibantu oleh isterinya sekiranya kesuntukkan masa.....dengan bermodalkan hanya rm2000 encik zainal dapt membeli peralatan yang digunakan untuk membuat songkok.....yang dahulunya dikenali songkok raksaksa...ketetapan jenis kain dan jenis songkok atas permintaan pelanggan......

ada yang jenis macam ini jenis songkok yang dibuat oleh encik zainal....mempunyaii bntuk yang diinginkan 



 encik zainal menjalankan perniagaannya pembuatan songkoknya hanya dirrumah diruangan kecil

gambaran dari posisi tepi  bengkelnya yang ditempatkan semua peralatan membuat songkok 




peralatan untuk membuat ukuran bulatan di songkok 



terdapat songkok yang hampir siap dan peralatan songkok yang dipenuhi didalam rak ini menunjukkan tempahan yang begitu banyak.....
hyeeee u alls
pelbagai jenis design 

 design sulam 


design sulam yangpenuh songkok 





proses mejahit songkok yang betul  






Berikut adalah proses-proses di dalam pembuatan songkok
Rajah di atas adalah bahan yang digunakan sebagai rangka dalam pembuatan songkok. Ia lebih dikenali sebagai polan. Ia dibuat daripada suratkhabar lama dan cebisan kain. Polan akan dipotong mengikut saiz- saiz songkok



Gambar di atas adalah kulit yang digunakan sebagai pelindung daripada peluh atau basah. Kulit juga digunakan bagi mengekalkan bentuk songkok. Kulit dipotong selebar 1 1/2" dan dijahit di sebelah dalam songkok


Baldu adalah kain yang digunakan untuk membalut rangka songkok yang telah siap dijahit. Baldu songkok terdiri daripada dua jenis iaitu baldu biasa dan baldu SOB (baldu tebal). Baldu akan dipotong mengikut saiz songkok


rangka songkok dilakukan dengan menyambung badan songkok ke kepala songkok Proses pembuatan seperti yang ditunjukkan pada gambar di atas

Gambar di atas menunjukkan proses menjahit baldu untuk disatukan kepada rangka songkok. Kertas keras akan dijahit bersama-sama baldu untuk membuat badan songkok


Proses seterusnya adalah menyemat baldu di bahagian kepala songkok dengan jarum. Setelah selesai disemat, sematan tersebut akan dijahit supaya baldu tidak tanggal dari rangka songkok (gambar di bawah).




helow guys buat pew tuu.......hari ni sis nk update sikit pasal szmahkota ni.....

cara mengukur saiz songkok 


nisis tunjukkan songkok yang bersaiz5 inci 




☝yang ni cara yang betul bagi mengukur saiz kepala dan saiz songkok supaya ia btul2 muat dan selesa bila di pakai.....

perbezaan cara mengukur yang betul dengan yang salah.....



Pemakaian songkok merupakan salah satu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sejak dulu lagi.

Kebiasaannya, ia dipakai pada majlis-majlis tertentu seperti hari raya, perkahwinan, kenduri, acara pengebumian, solat dan pertabalan. 

encik zainal , memberitahu, koleksi songkok yang terdapat di kedainya menggunakan fabrik baldu jenis 3 Crown yang diimport dari Korea dan Jerman. 

Fabrik itu bukan sahaja lembut dan tahan lama, malah kalis air. encik zainal merupakan seorang bapa dari 4 orang anak, beliau menghasilkan songkok berdasarkan pengalaman beliau dan minatbeliau dalam pembuatan songkok yang mewarisi warisandatuknya.....
gambar ini sebahagian dari kesemua songkok yang akan disiapkan dalam masa terdekat,encikzainal mendapat banyak tempahan dari  pelanggan untuk dijual di pasar malam mahupun di kedai-kedai tertentu. 

encik zainal mendapat tempahan dari serawak sebanyak 1000 buah songkok dan mendapat sambutan dari jiran-jiran kawasan rumah beliau. Encik zainal memulakan perniagaan beliau pada usia muda sehinggalah sekarang sudah hampir 30 tahun lebih beliau mengusahakan perniagaan dan pembuatan songkok ini...
dalam beberapa jam sahaja beliau boleh menyiapkan songkok dalam masa yang pendek.sebagai contoh encik zainal dapat menyiapkan 20 buah songkok dalam masa sehari.

Monday, 23 April 2018

assalamualaikum n good morning semua 👋


gambaran ini hanya sebagai contoh pembuatan songkok......

peralatan yang digunakan......



gunting kain 👆




pengetuk songkok

kain belacu



Sunday, 22 April 2018

Assalamualaikum n morning u alls harini sis nak update sikit pasal background kami........saya nur asimah bt mahmood merupakan student UiTM  shah alam, di sini sya berkesempatan untuk menerangkan serba sedikit latar belakang mengenai sys n parttner, 👉asimahdesign.blogspot.my  


        Encik Zainal bin maitari merupakan seorang pembuat songkok dari tahun 1993 sampai lah sekarang masih bergiat aktif dalam kerjayanya,permulaan encik zainal dalam bidang pembuatan songkok ini ialah ilham dari datuknya sejak beliau dari umur 15 tahun hanya menolong datuknya berniaga di masjid india kuala lumpur.👉dapat menyiapkan 20 buah dalam sehari,semua jenis songkok mempunyai pelbagai saiz,Encik zainal hanya membuat songkok di rumahnya kemudian baru dijual di kedai ataupun ada pelanggan yang datang ambil sendiri dari encik zainal.



       
 design songkok sebegini hanya dibuat bila ditempah  oleh pelangan sahaja.


encik zainal menggunakan material kain belacu sebagai fabric pilihan beliau .



ilham demua pembuatan songkok datang dari sumatra dan songkok mempunyai pelbagai pilihan saiz yang menepati citarasa pelanggan.......

Sunday, 15 April 2018

 assalamualaikum guys,ape khabar harap semua dalam keadaan sihat,sis nk update sikit pasal songkok yang sis n parttner sis jual 👇 asimahdesign.blogspot.my


👉Ukur dengan menggunakan tali pengukur yang akan dililit di sekitar kepala iaitu di bahagian atas kening. Ukuran yang diambil adalah dalam ukuran inci.

👉Sebagai contoh, jika ukuran lilit kepala adalah 22", makan saiz sebenar songkok si pemakai adalah 22", namun untuk keselesaan si pemakai saiz songkok boleh dibesarkan 1/4", jadi saiz si pemakai songkok boleh 22" ataupun 22 1/4".



insyaallah one day kite orang akn keluarkan koleksi sebegini 
design yang sangat menarik n simple 

Sunday, 8 April 2018

hellow u all,apa khabar khbar semua hari ni sis nak update lagi pasal songkok⇨😊
step 1 mengukur lebar saiz 

step 2 lipat kemudian letakkan ukuran pada alas tersebut 

step 3 potong pada lingkaran tepi mengikut ukuran tersebut dan akan dapat hasilnya seperti gambar di atas 


step 4 selepas itu cantum kan dengan bahagian tepi songkok dan jahit dengan kemas di bahagian tertentu.......



step 5 kemudian ratakan dengan guntung bahagian mana yang terlebih